APA ITU "SNEK DENGAN BIJAK"?

Pengambilan Snek merupakan salah satu trend yang kian meningkat di seluruh dunia. Sebenarnya pengertian snek adalah lebih mendalam dari sekadar apa yang dimakan. Orang ramai kebiasaannya inginkan sesuatu yang mudah, sedap dimakan dan pada masa yang sama, seimbang dalam pemilihan snek. 1


Snek dengan Bijak merupakan pendekatan kepada pemakanan yang mengutamakan tujuan dan perhatian. Ianya juga mengenai kesedaran tentang apa yang anda ingin makan, mengapa anda makan dan bagaimana ianya mempengaruhi apa yang anda rasa. Jadi keseimbangan dapat dicapai antara snek dan pemakanan yang betul.

Kelebihan Snek dengan Bijak

Dengan memfokuskan terhadap keadaan semasa, anda akan merasakan pengambilan snek yang lebih memuaskan dan membina pengalaman positif semasa mengambil snek.

  • Kini lebih ramai orang menggunakan pendekatan yang peka bagi mendapatkan cara hidup yang sejahtera dan seimbang.

  • Cara pemakanan secara bijak boleh dipraktikkan oleh semua orang, di mana jua, pada bila-bila masa.

  • Penyelidikan jelas menunjukkan pelbagai manfaat dengan mengamalkan pemakanan sihat dan ini terus terbukti.

BAGAIMANA IA DILAKSANAKAN

Pemakanan secara bijak boleh dipraktikkan oleh semua orang, di mana jua, bila-bila masa melalui 3 cara mudah. Bila anda ingin memilih snek, tanya diri sendiri soalan penting ini.

cookie-new-1

Kenapa saya mahu snek?

  • Adakah anda inginkan snek kerana memerlukan tenaga atau merasa lapar?
  • Adakah snek ini dapat memberi rehat sejenak bagi hari anda yang sibuk?
  • Adakah situasi anda memerlukan anda untuk snek, seperti berada di perjumpaan sosial ?
  • Adakah ia sebagai satu ganjaran?

Mengenalpasti kenapa anda ingin snek boleh membantu anda memilih apa yang anda mahu makan untuk menepati keperluan anda di saat itu.

Apa yang saya perlu untuk snek?

  • Adakah anda ingin manisan atau sebaliknya?
  • Berkrim atau rangup?
  • Panas atau sejuk?

Apabila anda sudah tetapkan apa yang anda ingin makan, bahagikan hidangan snek anda dan kurangkan gangguan bagi membantu anda menikmati snek. Selain itu perlahankan kunyahan dan tanya diri kembali adakah anda puas hati dengan snek anda?

Bagaimana saya boleh menikmati snek saya?

Guna segala deria untuk menikmati snek. Fokus kepada rasa, tekstur, bentuk dan warna makanan anda dan nikmati pengalaman semasa snek. Dan selalu ingat untuk tanya diri sendiri adakah anda puas?

Perlahankan

Beri sepenuh perhatian kepada setiap kunyahan . Nikmati pengalaman snek dengan lebih lama.

Sains menyatakan bahawa gaya makan dengan bijak membawa kesan:

  • Membuka ikatan positif dengan makanan dengan menyedari makanan yang dipilih2
  • Rasa lebh nikmat dan kepuasan, dapat dirasai dengan sepenuhnya3
  • Lebih bijak mengawal pengambilan makanan dan tidak terlebih makan dengan memberi perhatian kepada tanda lapar dan apabila mencapai kekenyangan4
Pelajari dengan lebih lanjut

Snek bijak dan Informasi bahagian atas pek

MEMPERKASA TABIAT PEMAKANAN SNEK YANG BETUL


Di Mondelēz International, tumpuan kami adalah untuk membantu konsumer untuk berada dalam keadaan dimana mereka lebih mendapat kepuasan daripada snek yang disukai.


Kami bekerjasama dengan pakar pemakanan dan saintis untuk mengembangkan dan mengiktiraf platform Snek secara bijak.


Kami telah menzahirkan impian kami dengan menambahkan tips Snek dengan Bijak dengan informasi Hidangan makanan ke atas semua pembungkusan kami pada tahun 2025.

Informasi Snek secara Bijak

Tonton Dr. Susan Albers terangkan mengenai Snek secara bijak

Baca penerangan pakar nutrisi dan saintis tentang Snek secara bijak

Lebih lanjut dari jenama tempatan